KATA NAMA

KATA NAMA

Pendahuluan

Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa namadan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempatbenda atau konsepSebagai contohberikut ini dikemukakan beberapa binaan frasa nama yang menunjukkan kedudukan kata nama sebagai inti frasa nama dan perkataan –perkataan lain sebagai penentu atau penerangnya.

Kategori Kata Nama

Kata nama boleh dikategorikan berdasarkan ciri-ciri makna perkataan kepada tiga kumpulan iaitu:
  •   kata nama khas
  •   kata nama am
  •   kata ganti nama





Video Kata Nama




Contoh Soalan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.
A orang
B haiwan
C makhluk
D ternakan

2 Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.
A kelapa sawit
B bunga
C getah
D padi

3 Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
A hati
B ubat
C gula
D garam

4 __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.
A Batik
B Dodol
C Gamelan
D Tarian Inang

5 __________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.
A Nyanyian
B Masakan
C Pakaian
D Tarian

6 __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
A Gadis
B Wanita
C Pemudi
D Pemuda

7 Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
A doktor
B perwira
C mekanik
D pemandu

8 Mereka selalunya bermesyuarat di __________.
A bilik gerakan
B bilik bacaan
C bilik stor
D bilik air

9 Sebahagian __________ tingkap rumah Nenek Mah telah reput.
A sumpah-sumpah
B angkut-angkut
C kisi-kisi
D api-api

10 Mak Leha sedang menuang air ke dalam __________ itu.
A labu-labu
B kisi-kisi
C dekak-dekak
D kuda-kuda



Comments

Popular Posts