PENJODOH BILANGAN

PENJODOH BILANGAN

  • Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
  • Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.




CONTOH

1. Helai, untuk benda-benda yang nipis dan lebar : daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput.

2. Kuntum, untuk bunga : mawar, matahari, tulip, anggerik, melati, raya, kekwa

3. Buah, untuk benda besar : kereta, rumah, kotak


4. Bungkus, untuk benda dalam bungkusan : sebungkus nasi

5. Bilah, untuk benda yang tajam : sebilah pedang

6. Genggam untuk benda-benda yang dipegang dalam kepalan tangan : segenggam beras

7. Hiris, untuk potongan nipis : sehiris daging

8. Kotak, untuk benda dalam kotak : sekotak bijirin sarapan


9. Potong, untuk kepingan yang dipotong : sepotong kek

BAHAN BERGRAFIK


VIDEO PENJODOH BILANGAN



MARI MENJAWAB LATIHAN

1. Salin pautan ini :  https://quizizz.com/admin/quiz/5d8ec4af7c4b7a001a58c9d8


2. Pilih "Solo Game"



3. Tekan "Start Game" dan mula menjawab soalan.




4. Dapatkan markah anda. SELAMAT BERJAYA :)


RUJUKAN

Afriza Sabidi (2014). Mari Belajar Penjodoh Bilangan. Diperoleh daripada

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Pustaka dan Pustaka. (2015) di alamat:
            http://prpm.dbp.gov.my.

Saudah Mustamam (2013). Nota Bahasa Malaysia. Diperoleh daripada

Sulaiman Masri (2006). Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan Bahasa Melayu. Utusan
Publication & Distributor Sdn Bhd.



Comments

Popular Posts