SIMPULAN BAHASA
SIMPULAN BAHASA
Contoh bergrafik:
Video Simpulan Bahasa
- Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua atau tiga perkataan.
- Simpulan bahasa mempunyai makna sama sekali berlainan daripada makna asal perkataannya.
- Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa termudah.
CONTOH :
1. Ada angin ➨ berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
2. Batu api ➨ orang yang suka menghasut
3. Cakar ayam ➨ tulisan yang buruk
4. Durian runtuh ➨ keuntungan yang diperoleh tanpa disangka-sangka
5. Hidung tinggi ➨ sombong
6. Kera sumbang orang yang tidak suka bergaul dengan orang l
ain
ain
Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Maksudnya
hanya mementingkan diri sendiri
hanya mementingkan diri sendiri
Ayat contoh
Perdana Menteri menasihati rakyat agar tidak bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Perdana Menteri menasihati rakyat agar tidak bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Bagai kacang lupakan kulit
Maksudnya
orang yang tidak tahu mengenang budi
orang yang tidak tahu mengenang budi
Ayat contoh
Apabila sudah senang, Zamri mula bersikap bagai kacang lupakan kulit.
Apabila sudah senang, Zamri mula bersikap bagai kacang lupakan kulit.
Bagai kuku dengan isi:
Maksudnya
sangat karib
sangat karib
Ayat contoh
Persahabatan mereka bagai kuku dengan isi.
Persahabatan mereka bagai kuku dengan isi.
Bagai kumbang putus tali
Maksudnya
amat cepat;terlepas daripada sengsara
amat cepat;terlepas daripada sengsara
Ayat contoh
Peragut itu melarikan diri bagai kumbang putus tali apabila dikejar oleh polis.
Peragut itu melarikan diri bagai kumbang putus tali apabila dikejar oleh polis.
Bagai melepaskan batuk di tangga
Maksudnya
membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai
membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai
Ayat contoh
Janganlah kamu buat kerja ini bagai melepaskan batuk di tangga saja.
Bagai menatang minyak yang penuh
Maksudnya
mendidik anak dengan penuh kasih sayang
Ayat contoh
Puan Mei Ling mendidik anaknya bagai menatang minyak yang penuh.
Bagai murai tercabut ekor
Maksudnya
seseorang yang becok mulutnya
Ayat contoh
Mulut Mak Senah bagai murai tercabut ekor apabila memarahi anak-anaknya.
Bagai tikus membaiki labu
Maksudnya
hendak membetulkan barang yang tidak diketahui
Ayat contoh
Perbuatan Ravin bagai tikus membaiki labu apabila dia mencuba membaiki radio yang rosak itu.
Ibarat burung, mata lepas badan terikat
Maksudnya: tidak ada kemerdekaan
Ayat contoh
-Rakyat di negara komunis ibarat burung, mata lepas badan terikat.
Laksana burung diam dalam sangkar
Maksudnya: orang yang terikat hidupnya
Ayat contoh:
-Walaupun dia anak orang kaya, tetapi dirinya laksana burung diam dalam sangkar.
Laksana katak diharung ular
Maksudnya: lari bertempiaran dengan suara riuh rendah kerana ketakutan
Ayat contoh:
-Kanak-kanak itu lari laksana katak diharung ular apabila disergah oleh orang yang tidak siuman.
Laksana pohon kayu tidak berbuah
Maksudnya: ilmu yang tidak diamalkan
Ayat contoh:
-Lelaki itu laksana pohon kayu tidak berbuah kerana tidak mengamalkan ilmu yang
dipelajarinya
Seperti anjing dengan kucing
Maksudnya: selalu bertegkar
Ayat contoh:
-Redzal dan Amsyar seperti anjing dengan kucing, jika bertemu pasti bertengkar.
Seperti api dalam sekam
Maksudnya: perbuatan jahat atau demdam yang tersembunyi
Ayat contoh:
-Dia seperti api dalam sekam, niat jahatnya baru kini diketahui orang.
Seperti Belanda minta tanah
Maksudnya: diberi sedikit, lalu hendak minta banyak
Ayat contoh:
-Cukuplah dengan bahagian harta yang diberikan kepada kamu, janganlah menjadi seperti
Belanda minta tanah.
Seperti cacing kepanasan
maksudnya: selalu gelisah
-Ayat contoh:
Priya seperti cacing kepanasan kerana dia tertinggal buku latihan Matematiknya di rumah.
Contoh bergrafik:
Video Simpulan Bahasa
Contoh Soalan
https://quizizz.com/admin/quiz/5d90d4d2da9f77001a52d103
Bahan pembelajaran yang menarik
ReplyDelete